Monday, April 19, 2010

aku kesorangan di UiTM..

hari ni kengkawan baik aku gi shah alam.. huhuhuhu... bosannya takde kawan nak ajak makan.. perut dah lapar... rasa mcm nak muntah dah ni... nak call abg McD malas la.. asyik2 makan McD muak lak... ermmmmm... nak balik, kalau kat umah pun malas gak nak masak coz husband janji malam ni nak makan luar.. hehehehhe... lambat la pulak malam...

mcm mana ek kalau aku mati? sorg2 gak.. sesekali jak ada tetamu datang.. takutla pulak ckp pasal mati.. huhuhuuhu...

(nyanyi tau)
perut.. oh.... perut.. kenapa engkau lapar... mcm mana aku tak lapar.... ?????? no idea... hehehhehe

morning sickness, afternoon sickness, evening sickness, night sickness....

huhuhuhuhu....

Sunday, November 15, 2009

Gigi..




Alhamdulillah.. aisyah dah tumbuh gigi bawah dua batang.. hehehe.. patutla demam teruk masa injection hari tu agaknya..aku baru perasan gigi aisyah sabtu lepas semasa aisyah menyusu.. semoga aisyah sihat selalu.. love u..

Wednesday, November 4, 2009

Juga penawar di musim peperiksaan...


Tidak di lupakan insan yg sentiasa memahami semasa tibanya musim peperiksaan.. thank you so much... ;-)

Penawar di musim peperiksaan..

Intan kesayangan ku.. penghibur di kala duka dan lara.. lebih2 lagi musim peperiksaan.. hehehe..

Tuesday, November 3, 2009

Aisyah demam...

Lepas injection hari isnin 2/11 masa aku ambil aisyah dr umah baby sitter badan aisyah dah mula panas.. ingatkan demam aisyah sama mcm demam masa injection ke 2 dan ke 3 bulan.. rupanya demam ni teruk skit.. huhuhu.. first time katakan.. risau hanya Allah je yg tahu.. semalaman aku tak tidur kerana aisyah tidur tak lena.. tidur kejap, bangun.. mungkin badan dia tak selesa.. kepala dia aku sentiasa lap ikut nasihat mak kat kampung katakan.. hehehe.. dahi aisyah aku letak cool fever.. susu pun tak minum sangat maybe tekak dia sakit.. muntah.. buang air besar pulak byk kali.. kesian aisyah..

Semalam aku terpaksa EL.. ayahnya pula keje half day..aku suruh ayahnya beli sukat suhu sebelum balik rumah.. panas badan aisyah masa tengahari 37.5 darjah dan nak dekat malam suhu aisyah naik mencecah 38.7 darjah.. terkejut jugak... huhuhu.. takut aku.. ubat yg aku bg kebanyakkan di luahnya balik.. so mlm tadi aku bawa aisyah jumpa Dr Eng di klinik mesra Bandar Putra.. agaknya mcm mak dia jugak kot, asal jumpa doc je terus baik.. hehehehe..

berkat kesabaran ibu nya ;-) dan keagungan Illahi, alhamdulillah aisyah dah sembuh hari ni.. aku sentiasa cuba sedaya upaya jadi ibu yang baik dan mithali buat anak2 ku... wa allahu alam..

Sunday, November 1, 2009

Nur Aisyah Damia kesayanganku...


Hari ini aisyah kena injection utk ke 5 bulan.. Kesian dia.. Alhamdulillah.. aisyah dah makin besar.. kena inject pun dah tak nangis sangat.. Berat badan aisyah pun dah 5.6kg.. walaupun masa 4 bulan hanya naik 0.05kg dari 5.4kg masa 3 bulan.. risau jugak.. tapi doktor cakap janji naik dah cukup.. hehehe.. biasalah anak pertama katakan.. terlebih care le pulok.. Semoga aisyah sentiasa sihat dan di rahmati Allah selalu.. amiin...